Login ahli...

=======================


BACA DAN FAHAMKAN :

1. Bagaimana Konsep perniagaan ToneExcel ini ??

- Kerja anda hanyalah menjual SIMKAD handphone ToneExcel (yang menggunakan perkhidmatan TuneTalk ) kepada saudara mara, adik beradik, sahabat handai, rakan taulan.
- Hasilnya kepada anda ialah, jika mereka top-up handphone mereka maka anda akan dapat komisyen.
- Selama mana mereka menggunakan simkad tersebut, selama itulah anda akan menikmati komisyen dari toneexcel.


2. Berapa harga sekeping SIMKAD Tunetalk-ToneExcel ini ??

- Harganya sekeping RM95.40 ( yang mengandungi kredit/air time sebanyak RM30)





3. Apakah service provider yang digunakan ??

- Toneexcel menggunakan service provider TuneTalk, dan tunetalk menggunakan prasarana Celcom.

4. Berapakah charge panggilan dan sms yang dikenakan ??

- Dari 28 sen panggilan seminit dan 10 sen sekali sms.


5. Dimanakah boleh top-up prepaid ini ??

- Anda boleh top-up prepaid tunetalk di seluruh Malaysia (termasuk Sabah/Sarawak), seluruh stesen minyak yang menggunakan e-pay, sebahagian besar kedai yang menjual prepaid, maybank2u, cimbclick, dan banyak lagi.



6. Apakah kelebihan lain jika saya menggunakan prepaid Tunetalk-ToneExcel ini ??

- Anda boleh mengekalkan nombor lama, anda diberi insurance kemalangan sebanyak RM100,000, menaiki kapal terbang AisAsia secara PERCUMA (mengikut syarat yang ditetapkan), point tersebut juga boleh ditukarkan kepada airtime atau handphone dan juga peluang untuk menjana pendapatan sampingan yang lumayan.

7. Bagaimanakah marketing plan untuk perniagaan ini ??

- Setiap kali kita sponsor rakan, kita diberikan RM20 sebagai fast track bonus, dan juga kita dibayar komisyen sebanyak 6% untuk Level 1 yang topup, 3% untuk Level 2 yang topup dan 11% untuk Level 3 yang topup.

8. Bagaimanakah ToneExcel membayar komisyen kepada saya ??

- Untuk bonus fast track, jika kita sponsor dari 1-15 hb, duit bonus akan dibank in dalam akaun anda pada hujung bulan, jika kita sponsor rakan dari 16-31 hb, bonus akan dimasukkan kedalam bank anda pada 11 hb depan.
Untuk komisyen topup akan dibayar pada 21 hb depan asalkan ianya lebih RM30, jika kurang, ia akan dibawa untuk bulan.


9. Apa kelayakkan untuk menerima komisyen ??

- Anda dikehendaki top up paling sedikit RM20 dalam sebulan, dan juga jumlah terkumpul komisyen anda melebihi RM30

10. Adakah saya kena top-up minima RM20 tersebut sekali gus atau boleh sedikit-sedikit ??

- Kedua-duanya boleh, sekali gus pun boleh sedikit-sedikit pun boleh, asalkan jumlahnya paling kurang RM20 dalam tempoh sebulan.

11. Apa jadi pada bulan tersebut jika saya top-up jumlahnya tak sampai RM20 ??

- Sekiranya anda sudah ada downline, dah bulan tersebut anda sudah ada komisyen, maka anda tidak akan mendapat komisyen pada bulan itu sahaja, bulan-bulan lain tetap dapat jika topup RM2O.


12. Dimanakah nak dapatkan SIMKAD ini ??

DAPATKAN DISINI - ( klik )

13. Bagaimana dengan signal Tunetalk ini ??

- Disebabkan mereka juga menggunakan prasarana Celcom, maka jika dikawasan anda itu, line celcom baik, maka line tunetalk juga baik.

14. Bagaimana untuk menyertai perniagaan ini ??

- Dapatkan kan SIMKAD ini terlebih dahulu dan selepas itu, aktikan SIMKAD tersebut dan daftar didalam perniagaan ini.Jangan bimbang saya akan daftarkan anda.

15. Bagaimana jika saya ingin mengekalkan nombor lama ??

- Jangan bimbang saya akan buat untuk anda.

16. Setelah saya menyertai perniagaan ini, apa yang perlu saya lakukan ??

- Jadikan kesemua ahli keluarga anda yang terdekat, seperti ibu/bapa, suami/isteri anak-anak, adik beradik, saudara mara yang terdekat, pekerja anda, atau sesiapa yang menggunakan hp prepaid, dan juga sebelum ini mereka membayar bil/prepaid talipon melebihi RM20, maka suruh mereka menggunakan talian tunetalk ini.
- Kalau dulu anak-anak kita menggunakan talian XXX Company, kalau mereka topup (kadang2 kita juga yang bagi duit top-up), Company XXX bertambah kaya, kali ini jika mereka menggunakan talian tunetalk dalam WoW Program ToneExcel, mereka topup, kita pun dapat sedikit hasil.
- Selepas itu barulah promote kepada orang lain, seperti rakan sekerja, sahabat-sahabat sepermainan, sambil main golf, main tenis, main gasing, main badminton,  main sepaktakraw, main snooker, jogging, sambil mancing, sambil sembang di kedai mamak, cerita kan peluang ini dan ajak mereka sekali.
- Terangkan yang ini bukan MLM, tapi guna handphone macam biasa dan dapat upah jika ceritakan pada orang lain. 

17. Bagaimana cara saya ingin menaja orang lain ??

- Jangan bimbang,saya akan bantu anda.Caranya sangat mudah.Anda dapatkan simkad dahulu.Semuanya saya bantu.

18. Bagaimana cara promosi perniagaan ini ??

-Terangkan kepada rakan-rakan anda peluang perniagaan ini.

19. Bagaimana untuk saya mendapatkan satu website percuma untuk saya mengembangkannya secara online ??

- Jangan bimbang,saya akan buatkan pada anda.
Anda akan memiliki website promosi secara PERCUMA.


20. Boleh terangkan lebih lanjut mengenai insurance Kemalangan ini ??

Sila rujuk disini :

http://www.tunetalk.com/my/services/insurance

http://www.tunetalk.com/my/services/insurancepolicy

http://www.tunetalk.com/my/services/insurancefaq

21. Saya telah menggunakan simkad tunetalk biasa yang berharga RM5 dikedai, bolehkah saya ingin mengekalkan no tunetalk ini kepada SIMKAD Tunetalk-ToneExcel saya yang baru ??

- Boleh.Dapatkan simkad ini.Saya akan bantu anda.

22. Saya tidak pandai komputer, tiada laptop, tiada broadband, boleh kah saya jalankan perniagaan ini ??

- Sangat boleh, kerana kita menjalankan perniagaan ini tidak memerlukan komputer atau internet langsung, 100% menggunakan cara SMS.

23. Saya pergi kekedai saya dapati mereka jual simkad pada harga RM5 sahaja, bukannya RM90.00 ??

- Tunetalk mempunyai 2 jenis simkad, satu simkad tunetalk yang biasa harganya RM 5 sekeping dan call ratenya 15 sen seminit dan 5 sen SMS, dan simkad ini tiada referral program, kalau kita promote pada orang lain simkad ini tiada komisyen.
- Manakala kedua adalah Simkad Tunetalk-ToneExcel, yang ini harganya sekeping RM90 dan calling ratenya 28 sen seminit dan 10 sen SMS tetapi ada referral program, . kalau promote pada orang lain dapat komisyen.
- Dan simkad ini tiada dijual dikedai-kedai talipon, hanya boleh didapati 


DAPATKAN DISINI - ( klik )

- Tetapi kedua2 jenis simkad ini, kalau nak top up dikedai, hanya minta top up tunetalk sahaja.

24. Orang kata call rate tunetalk-toneexcel ni mahal, sampai 32 sen panggilan seminit ??

- Sudahkah anda lihat call rate dari Digi ke telco yang lain.
- Maxis ke telco yang lain. Kesemua panggilan itu lebih mahal dari 28sen seminit, ada yang 33 sen ada 35 sen dan ada yang 36 sen.
-Jadi tunetalk-toneexcel adalah yg paling murah. Lagi satu kalau lah saudara kita memang pakai phone, dan selama ini pun masih bayar prepaid atau pun bil, mereka hanya bagi orang lain lebih kaya, kenapa tak kali ini bagi anda yang kaya, walau pun kaya sikit-sikit, lama-lama kaya tu jadi bukit.
- Kalau tak masuk program ni pun mereka tetap pakai handphone juga.


25. Boleh lihat bukti pendapatan Mazelan abas yang sertai program ini ??

- Beliau mula menyertai program ini pada 15-7-2010 dan ini hasilnya yang toneexcel memasukan komisyen kepada beliau terus kedalam bank akaun.



- Sekarang cuba bayangkan jika anda melakukan perniagaan ini secara berterusan dan konsisten selama 2 tahun, maka tidak hairanlah jika kita memperolehi pendapatan melebih RM30,000 - RM40,000 sebulan.
- Walau pun pada masa itu anda stop mempromosikannya, pasti komisyen anda tidak akan stop mengalir ke akaun bank anda kerana orang tetap topup dan menggunakan hp.
- Dan ia bukan satu perkara mustahil untuk anda mencapainya.


26. Bolehkah orang dari luar negara yang tinggal di Malaysia untuk menyertai program ini ??

- Boleh, hanya gunakan no passport mereka, dan lebih mudah jika mereka sudah pun memiliki bank account di Malaysia.

27. Boleh saya mengekalkan nombor lama, tetapi nombor lama itu adalah nombor line atau postpaid dari telco yang lain ??

- Boleh, jangan bimbang saya bantu anda.

28. Saya pengguna postpaid maxis, jika saya nak kekalkan no lama perlu ke saya terminate kontrak saya di maxis terlebih dahulu ??

- Tak perlu, jangan terminate kontrak anda, apa yang perlu dilakukan anda hanya perlu settlekan bil2 yang tertunggak sahaja dahulu, dan selepas itu gunakan cara SMS untuk buat pendaftaran atau kekal no lama.

Jangan bimbang saya bantu.
 
29. Kalau dah jadi Junior Center, boleh upgrade ke Service center ke ??

 
-Boleh

30. Kalau saya jadi service center dan beli 250 keping simkad, simkad tersebut ada expired date tak ??


-Tidak tuan, simkad tiada expired date.

31. Kenapa saya menggunakan maybank2u, tetapi topup dia tak masuk pun kedalam handphone saya ??


-Jika anda topup menggunakan maybank2u, pastikan anda menggunakan topup with pin number, JANGAN gunakan instant topup, kerana instant topup sudah banyak kes dan complain kredit tak masuk. 

-Kes seumpama ini bukan hanya terjadi pada topup tunetalk, tetapi maxis, digi, celcom pun ada masalah dengan instant topup ini. Kalau topup dengan pin number, setakat ini 100% tiada masalah.

32. Saya dah join toneexcel ini, boleh ke kalau downline saya beli simkad dari orang lain atau dari agen penjual simkad ditempat lain ??
 

-Boleh. Cuma pastikan yang dibeli simkad tersebut, jangan aktifkan, kerana mereka boleh aktifkan sendiri apabila pulang kerumah dengan menggunakan cara SMS. Pastikan dia tahu apa IDP anda, jangan tersilap.

33. Saya pengguna simkad tunetalk yang biasa tu, kalau saya join toneexcel ini dan nak kekalkan no lama ni, adakah point dan baki akan ikut sekali ??
 

-YA, point dan baki akan ikut sekali.

34. Saya dah buat pendaftaran cara SMS tapi tiada reply pun ??
 

-Selepas 1 jam pendaftaran jika tiada reply, tolong talipon cepat DEC ditalian :
0111 508 1515 atau
0111 509 1515 atau
0111 512 1515 atau
0111 514 1515.

1. Diantara masalah yang sering terjadi, SMS anda tidak sampai, kerana handphone anda tiada kredit, message tak send out pun.
2. Salah menghantar maklumat atau tiada maklumat yang penting diberikan. Contohnya salah no SN, salah nombor PUK, kadang2 tiada no IC atau passport, kadang2 tiada no idp.
3. No simkad yang diberikan sudah digunakan oleh orang lain.
4. No simkad yang diberikan bukan no simkad tunetalk/toneexcel tapi no tunetalk biasa.
5. Anda sms guna simkad toneexcel. Simkad tersebut belum boleh digunakan lagi.

35. Saya baru sertai toneexcel ini, macamana nak check baki dengan simkad tunetalk ni ya ??
 

-Tak mengapa, baru pun asal rajin bertanya, saya akan usaha untuk menjawabnya. Dibawah ini saya senaraikan beberapa perkara asas untuk diketahui dalam penggunaan simkad tunetalk/toneexcel ini.
* Untuk top up adalah *122*<16digits># dan Call
* Untuk check baki *133# dan call
* Untuk berkongsi kredit: *111# dan pilih no.3 (Kredit)
* Untuk tambah nilai kredit, pergi kekedai-kedai yang menjual topup, seperti kedai-kedai biasa, 7Eleven, Stesen minyak, dan beli topup TuneTalk, jangan minta topup ToneExcel, mereka tidak akan tahu.
* Anda juga boleh topup kredit airtime anda melalui maybank2u, cimb click dan kebanyakkan online banking.
* Untuk mendapatkan Tune Buddies 10 nombor (Tune Buddies adalah rate istimewa dari ToneExcel dimana calling rate adalah 26 sen dan SMS 15 sen) *111# - Pilih Option 4 - Services, kemudian Option 3, Favourite 8

36. Saya sponsor orang lain, adakah dia juga dapat website percuma ??
 

-Semua akan dapat web promosi.Saya bantu anda.

37. Sekiranya kita dapat menaja seorang downline bolehkah kita mendapat bonus fast track dengan meletakkan downline itu di level 2 atau level 3 ??
 

-Tidak, hanya di level pertama sahaja.

38. Kenapa bila saya topup, x ada point  bila cek baki.... nak buat mcm mana ??
 

-Call sahaja HQ 010 5333 969 mereka akan bantu update simkad kita.

39. Saya cuba masuk ke member area www.toneexcel.com tapi tersalah password, saya lupa password, hingga account saya kena block, apa perlu dilakukan ??
 

-Cara paling mudah call sahaja 010-5333 969 beritahu masalah anda, beritahu IC dan member ID, HQ akan tolong resetkan semula akaun anda.

40. Saya ingin menyertai program ini, tetapi saya tiada bank account sendiri, bolehkah saya menggunakan bank akaun orang lain ??
 

-Boleh, anda boleh menggunakan bank akaun orang lain, tetapi anda perlu mengisi borang ini terlebih dahulu,

Download borang 3rd Party disini


Selepas itu, hantarkan 3 document ke HQ melalui email hq.care@tonegroup.net atau fax ke 03-90540278.
1) Borang 3rd party yang sudah diisi lengkap
2) Salinan IC anda
3) Salinan IC pemegang akaun

41. Topup tunetalk ini berapa ringgit yang ada, dan berapa hari boleh tahan ??
 

RM 5 - 5 hari
RM 10 - 11 hari
RM 30 - 50 hari
RM 50 - 75 hari

42. Semalam saya pergi 7-Eleven minta topup ToneExcel, tapi mereka kata tiada topup ToneExcel ??
 

-Kita minta topup tunetalk je tuan, BUKAN toneexcel.

43. Saya dulu join RedTone, jadi dalam program ni, boleh tak saya nak kekalkan no RedTone saya ??
 

-Boleh. Disini saya sertakan no phone dari telco yang lain yang kita boleh buat port ini. Celcom, Digi, Maxis, UMobile, XOX, RedTone, YTLComms dan MTrade.Saya akan bantu anda.

44. Dulu saya dah join biz tunetalk ni, tapi dah berhenti beberapa bulan, sekarang nak start semula, adakah akaun dan no ID saya masih boleh digunakan lagi atau tidak ??
 

-Tidak, anda perlu beli simkad baru dan register baru.

45. Bagaimana nak setting GPRS ??
 

-Taipkan SET dan hantar ke 20999 kemudian ikut arahan yang diberikan.

46. Saya dah join tunetalk/ToneExcel ini, saya dah buat port in, tapi handphone saya boleh terima panggilan sahaja, tapi tak boleh call keluar, macamana nak settle ya ??
 

-Terima kasih kepada yang bertanya, kadang2 kes macam ini jadi hanya pada kita yang buat port in sahaja. Jika anda menghadapi masalah boleh terima call in, tapi tak boleh call out, ikuti langkah dibawah ini, betulkan setting dalam handphone anda.

1) Dalam telefon anda, pergi ke SETTING dan cari NETWORK SETTING.
2) Pilih MANUAL NETWORK SELECTION dan pilih network selain daripada Tunetalk/Celcom. Anda kena pilih Digi atau Maxis.
3) Selepas pilihan anda ditolak, pilih semula TUNETALK atau CELCOM.
4) Sila OFF handphone anda dan ON semula dan cuba buat outgoing dan incoming call.

Jika masih tak boleh juga sila hubungi terus Khidmat Pelanggan Tunetalk (0105001333) atau ToneExcel (0105000969)


47. Saya baru menyertai biz tunetalk ni dan saya telah pun buat port in. Saya juga pengguna tegar ebanking macam maybank2u, cimbclick, e-eon, dan macam2 lagi. Semalam saya nak buat request TAC, tapi tak dapat la. Tunetalk ni tak support ke ebanking ??
 

-Terima kasih kerana bertanya. Tunetalk support ebanking. Untuk selesaikan masalah itu saya cadangkan puan pergi ke atm bank berkenaan, tukar no talipon ke no talipon yang lain, selepas itu masuk semula, dan tukar no talipon ke no talipon asal yang mana digunakan untuk receive tac tersebut. Ini macam nak reset semula je.

48. Beberapa hari lepas saya telah registerkan 2 orang dibawah downline saya, tapi dalam member area, saya hanya dapat satu sahaja fast track bonus iaitu RM20, mana bonus FT saya yang lagi satu ??
 

-Biasanya ToneExcel mengambil masa 2/3 hari untuk update didalam member area, dan yang kedua, biasanya mereka daftar downline/affiliate, tetapi samada mereka tidak aktifkan simkad tersebut, atau, tidak buat satu SMS selepas aktifkan simkad.

49. Boleh terangkan macamana katanya top up tunetalk ni dapat point tiket kapal terbang AirAsia ??
 

-Setiap kali anda topup, anda akan memdapat point untuk melayakkan anda menaiki kapal terbang AirAsia secara percuma keseluruh dunia. Contohnya anda topup sebanyak RM30, anda akan mendapat 70 points, jika anda topup RM50 anda akan mendapat 120 points. Kumpulkan point ini, jika sudah cukup anda boleh redeem points ini untuk naik kapal terbang percuma. Contohnya jika cukup 3000 anda boleh pergi ke Langkawi secara percuma.
Keterangan lanjut mengenai pemberian points, anda boleh call 010 500 1333


50. Saya kehilangan simkad, apa perlu saya lakukan ??
1. Dapatkan simkad ganti (Replacement card) pada harga RM10 sekeping. Pesanan boleh dibuat secara online.
2. Apabila dah dapat simkad tesebut, hantarkan maklumat dibawah ini:
  a. Nama Penuh
  b. No IC
  c. No ID ToneExcel
  d. No serial number simkad yang hilang itu.
  e. No serial number simkad ganti yang baru diperolehi tersebut.
Hantarkan maklumat tersebut kepada toneexceldotbiz@gmail.com atau SMS ke 010-517 3358

51. Simkad ini boleh ekses internet ke, kalau boleh macamana ??
-Boleh, sila lihat disini.

52. Berapa harga panggilan ke luar negara dan bagaimana caranya ??
-Kadar panggilan IDD - antara bangsa ada disini. Klik disini. Cara untuk membuat panggilan adalah
"Number Prefix"+NoPhone


53. Saya tersalah letak downline saya, terletak bawah orang lain, apa perlu saya lakukan ??
-Ini merupakan kesalahan yang tidak boleh dibetulkan. Jadi sebelum sms pastikan idp adalah betul atau dia kena guna simkad toneexcel yang lain dan register baru dengan idp yang betul.

54. Saya dari Singapore sangat tertarik dengan program WOW ini, bila agaknya Tunetalk akan memasuki pasarang Singapore ??
Untuk penggunakan line TuneTalk, mereka boleh gunakan handphone mereka keseluruh dunia, sama seperti handphone yang lain, charge roaming akan dikenakan sahaja, cuma program WOW belum dijalankan di negara lain.

55. Saya dah berjaya buat proses port in utk kekalkan no lama, tapi handphone saya boleh receive call sahaja tapi tak boleh call out ??
-Itu disebabkan masalah setting pada handphone anda sahaja. Bukan masalah simkad. Jadi saya cadangkan anda call 0105333 969 dan bercakap dengan Nurul (dari ToneExcel) dan minta bantuan dia ajarkan cara2 nak setting handphone anda.

56. Saya dah cuba sendiri buat proses (Port In) utk kekal no maxis lama saya, tapi sampai sekarang masih tak berjaya lagi ??
- Proses nak kekalkan nombor lama, perlulah menggunakan IC yang sama, jika di maxis anda pakai IC lain, dan di TuneTalk anda pakai IC lain, sudah pasti Maxis tidak akan melepaskan pelanggan mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah anda talipon sendiri kepada telco talipon anda dan cuba periksa terlebih dahulu apakah IC yang digunakan dahulu semasa pendaftar. Jika tak sama, pasti proses port-in tidak dapat dilakukan.

57. Bagaimana ingin saya pastikan samada seseorang itu telah didaftarkan dibawah saya atau tidak, dan juga bagaimana untuk saya mengetahui no ID mereka ??
 

-Cara yang mudah adalah masuk kedalam member area anda (www.toneexcel.com) dan klik di Geneology, selepas itu dekatkan cursor pada gambar tersebut dan ia akan tunjukkan no ID downline anda.

58. Saya rasa keliru mengenai program WOW program tunetalk-toneexcel ini, ada sesetengah web beritahu minima maintain setiap bulan RM20, ada yang tulis RM50 ada pula yang kata RM38. Yang mana satu betul ??
 

-Yang betul adalah RM20. Dulu memang RM38, tetapi sekarang adalah RM20 sahaja. Yang RM50 tu saya rasa adalah cadang mereka untuk kita supaya kekal mendapat perlindungan insuran yang diberikan oleh Tune Insuran.

59. Saya nak tanya, kawan saya dah daftar dan dah dapat no tunetalk, tapi kawan tu tak suka no tu, so kawan tu nak tukar no lain ??
 

-Boleh, Untuk makluman anda, member tersebut kena login di selfcare akaun untuk menukar nombor telefon yang didaftarakan.Saya akan bantu.

Sila rujuk langkah-langkah untuk login ke akaun selfcare anda:

1. Pergi ke laman web www.tunetalk.com
2. Klik Selfcare
3. Klik di Forgot password/username (sekiranya anda tidak mempunyai password untuk selfcare)
4. Pilih forgot password dan masukkan NRIC serta nombor telefon anda.
5. Password tersebut akan dihantar ke telefon anda (dipaparkan di screen telefon)
6. Sila login dengan password yang diberi.
7. Setelah login, sila klik di bahagian "MY NUMBERS" dan pilih "CHANGE NUMBER" untuk menukarkan nombor telefon. Setiap penukaran nombor hp, tunetalk akan charge RM5 kepada kita.


60. Macamana cara nak tebus point kepada tiket air asia ni atau nak tebus kepada airtime ??

-Ada 3 cara penebusan point :
1. Tiket Air Asia Emelkan Nama Penuh, No.K/p, Tarikh lahir, No Passport, Warga Negara, No. Hp Tune Talk, No Siri No SimKad, No HP Lain, Destinasi Yang Hendah Dituju, Tarikh Penerbangan, masa Penerbangan dan alamat Eeml Anda. Sila emelkan kepada customer.care@tunetalk.com tel no : 010-5001333 Tunetalk service.
2. Boleh Dapat 200 minit panggilan percuma hanya dalam Malaysia (kena ada 2000 point) hanya taip sms : 2000 dan hantar ke 1313
3. Memanjangkan tempoh masa tamat panggilan dan sms (contoh topup RM10 selama seminggu boleh dipanjangkan) sila hubungi Tune Talk service 010-5001333


61. Saya masih kurang jelas bagaimana toneexcel membayar komisyen kepada kita, boleh tolong terangkan ??
 

-Boleh, untuk memudahkan tuan memahami cara atau sistem toneexcel membayar komisyen kepada kita, sila lihat video yang saya sediakan disini:


0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

** PERTANYAAN **


POPULAR POST

ping fast  my blog, 
website, or RSS feed for Free My Ping in TotalPing.com
[ Pingler ] [ Pingoat ] [ Google Ping ]
[ Reader ]

Jana pendapatan bersama